Terma dan Syarat

Saya sangat menghargai usaha anda membaca dan memahami Terma dan Syarat terlebih dahulu sebelum mengisi Borang Pesanan. :)

  • KW menjual barangan Preloved, Brand New,Vintage dan Bundle. Keadaan setiap item akan diterangkan secara terperinci di bawah gambar untuk makluman pelanggan. Sila baca keterangan item dengan teliti.
  • Sila ambil perhatian, bahawa warna mungkin berbeza daripada gambar dan kandungan sebenar gambar tersebut disebabkan oleh lighting atau setting PC anda.   
  • Segala urusan jual beli adalah muktamad dan hanya kepada pembeli yang benar - benar serius sahaja. BACKOUT BUYERS akan disenarai hitamkan. Jadi sila pastikan anda bertanya segala soalan sebelum menghantar Borang Pesanan.
  • Selepas pengesahan dan bayaran, sebarang perubahan / pembatalan tidak akan dilayan.
  • Memandangkan setiap item hanya ada satu sahaja, item yang telah dibeli tidak boleh ditukar ganti dan dipulangkan.
  • Kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh pembeli kecuali jika dinyatakan sebaliknya.
  • Penghantaran hanya dibuat menggunakan perkhidmatan POSLAJU sahaja pada hari Selasa dan Jumaat. Oleh itu, pembayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum waktu penghantaran.
  • Item hanya akan dihantar selepas bayaran penuh diterima (dengan bukti pembayaran).
  • Item 'dijangka' sampai 1 - 3 hari bekerja sekiranya tiada masalah.
  • Selepas penghantaran saya akan emailkan 'tracking number' bagi bungkusan anda untuk memudahkan Track & Trace.
  • KW tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakkan, kehilangan atau kelewatan semasa dalam proses penghantaran oleh pihak ketiga.
  • Sebaik sahaja anda telah menghantar Borang Pesanan, saya menganggap bahawa anda telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan.
  • Setiap maklumat dan perincian di dalam blog ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.